Tuesday, November 24, 2009

Musim Hujan Musim Kahwin.



"Telah diceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripadaAl-Khudri yang berkata, "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda, "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefakiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu, susu, cuka, ketumbar dan epal masam”.

Saidina Ali r.a bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w, mengapakah empat jenis makanan ini di larang ?"

Baginda menjawab, "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnyatikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya, "Wahai rasulullah s.a.w, mengapakah cuka itu di larang ?. (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab, "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Selamat pengantin baru kepada Mardihah Adam dan Pn Normaliza Harun serta pasangan. Selamat meneroka dunia yang penuh dengan dugaan, dunia yang penuh dengan nikmat.

Wednesday, November 18, 2009

Politik Akhir Zaman


Tun Dr. Mahathir ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor sebab berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri dengan bayaran hanya RM1 setahun.

Tun Mahathir sebut juga, mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan yang melanda Malaysia dahulu.

Tun Mahathir kata lagi, Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

Kerajaan Negeri Selangor kata mereka sedia menimbang untuk memberikan elaun kepada Tuan Penasihat yang baru dilantik itu.

Dato Seri Anwar Ibrahim pun pernah kata jangan bicara soal perjuangan kalau takut dengan risiko.

Rakyat pula kata, jangan bicara soal keadilan jika takut hadapi kenyataan. Sampai bila perbicaraan kes liwat hendak ditangguh. Rakyat tuntut keadilan !.

Monday, November 16, 2009

Aula !


Thursday, November 12, 2009

Budaya...


Kita semua sedia maklum yang fahaman Wahabi itu adalah sebahagian daripada mazhab-mazhab dalam Islam, yang mana ia adalah merupakan lanjutan daripada mazhab Hambali. Akan tetapi saya tidak fikir di Malaysia ini ianya diperlukan kerana kita sudah ada mazhab Syafie yang terbukti sesuai dengan cara hidup kita sejak dulu.

Kalau diperhatikan, masalah perbezaan pendapat tentang mazhab ini sudah lama berlaku. Dalam tahun 50-an dulu pernah berbangkit perbezaan pendapat antara kaum Tua dan Kaum Muda. Tahun 80-an pula sewaktu era kebangkitan tokoh seperti Imam Ayatollah Khomeini yang mana telah banyak mempengaruhi ideologi pemikiran para pelajar Malaysia yang belajar di luar negara ketika itu, maka timbul pula perbalahan dengan mazhab Syiah yang dikatakan telah menular di Malaysia terutamanya dikalangan pelajar.

Bagaimanapun biasanya persoalan atau masalah perbalahan ini akan reda bilamana adanya isu-isu lain yang lebih menarik untuk diperbalahkan. Mungkin dah memang masyarakat kita suka berbalah gamaknya. Kalau tidak berbalah kerana mazhab, kita berbalah kerana politik. Kalau tidak berbalah kerana politik, kita berbalah kerana bola pula.

Jadi sekarang Wahabi tidak sesat, Sufi tidak sesat, Muktazilah tidak sesat, Syiah tidak sesat. Yang sesat ialah sikap kita yang sudah membudayakan budaya berbalahan sesama sendiri.
Jadi juga, dek kerana kita serantau, dek kerana kita serumpun, pasti saudara kita di seberang sana juga ingin mendakwa bahawasanya budaya ini adalah asalnya budaya mereka. Tak gitu ?

Monday, November 9, 2009

Wahabi Tidak Sesat, Jangan Halang Kami !


KUALA LUMPUR: Lebih dari 100 orang tokoh agama dan pendakwah yang menamakan diri mereka 'Kelompok Intelektual Muslim Muda' (KIMM) telah mendesak agar lapan tuntutan diberi perhatian segera oleh pihak berkuasa agama dalam sidang akhbar di sebuah hotel terkemuka di ibu negara lewat malam semalam.

Salah seorang dari mereka, Dr Azwira Abd Aziz, yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertindak sebagai jurucakap manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim pula hadir sebagai penasihat KIMM.
"Kelompok Intelektual Muslim Muda ingin membuat 8 tuntutan kesan dari perkembangan dan situasi yang melanda masyarakat Islam sekarang, yang ditimbulkan oleh pihak media hasil dari apa yang berlaku baru-baru ini," kata Azwira.

Lapan tuntutan yang dikemukakan ialah:

1) Meminta pihak berkuasa agama ketepikan sikap prejudis terhadap para ulama/pendakwah seperti membuat tuduhan sesat tanpa bukti dan alasan yang kukuh.

2) Meminta diberi layanan yang adil kepada semua pendakwah tanpa prejudis seperti tolak permohonan tauliah dan ceramah tanpa sebab.

3) Meminta supaya dibuang senjata tuduhan Wahabi kepada golongan agama/tokoh agama hanya kerana berbeza pendapat dengan niat jahat.

4) Membantah mana-mana pihak dalam institusi agama di Malaysia menuduh Kerajaan Arab Saudi dan ulama-ulamanya. Di samping tuduhan itu salah, ia juga memberi implikasi buruk kepada hubungan kedua-dua negara.

5) Hentikan cercaan terhadap tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Imam Mazhab 4, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Syatibi, Muhammad Abd Wahab dan mana-mana tokoh ilmuan Islam.

6) Meminta ruang dakwah yang adil diberikan kepada aliran yang tidak difatwakan sebagai sesat.

7) Meminta agar sesiapa yang memiliki kelulusan pengajian Islam/Agama yang sah dikecualikan daripada tauliah.

8) Meminta agar sesuatu amalan/fahaman yang berbeza dengan amalan setempat tidak dikategorikan sesat, selagi mana ia bersandarkan kepada dalil-dalil dan kaedah yang sah.
Azwira berharap tuntutan-tuntutan ini diberi perhatian segera pihak-pihak tertentu agar perkembangan tentang syariat Islam dapat berjalan dengan maju dan pesat.

Ketika ditanya adakah tuntutan ini dilakukan ekoran isu penahanan Dr Asri oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Azwira berkata, "kami membantah cara penahanan itu dilakukan."

Azwira juga menyentuh soal isu tauliah yang dibangkitkan oleh pihak JAIS."Saya sendiri adalah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pensyarah di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah. Saya pernah memohon tauliah dan telah dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak JAIS tetapi akhirnya tidak diberi tauliah tanpa diberi sebarang alasan. Begitu juga dengan ramai lagi ahli akademik dalam KIMM yang pernah memohon tauliah tetapi masih tidak dapat sehingga sekarang," kata Azwira yang juga penulis buku 'Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?

Beliau juga hairan di dalam kes Haji Kahar Ahmad, yang ditangkap kerana mengamal ajaran sesat dan mengaku dirinya 'Rasul Melayu', kenapa isu tauliah tidak timbul."Bagaimana pula seorang pendakwah yang memiliki kelulusan pengajian Islam disekat sampaikan ilmu agama?," bidas Azwira.

Pandangan Azwira ini turut disokong oleh Shahidan."Seorang pakar motivasi yang bercakap pasal agama tidak perlukan tauliah tetapi seorang pendakwah agama yang bercakap pasal motivasi perlukan tauliah. Jadi ustaz-ustaz yang hendak berdakwah perlu ada 14 tauliah dari semua negeri-negeri di Malaysia," soal Shahidan.

Sementara itu, Shahidan, yang juga bekas Menteri Besar Perlis pula berkata, tuduhan yang dibuat oleh seorang individu seperti yang dilaporkan di dalam akhbar perdana semalam berkenaan soal Wahhabi dan isu sesat telah mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.
"Saya dituduh jadi Wahhabi selama 12 tahun semasa menjadi Menteri Besar Perlis. Saya tidak tahu apa itu Wahhabi. Wahhabi ini diberi oleh musuh-musuh Islam dan hanya mula diperkatakan selepas peristiwa September 11. Ini adalah satu niat jahat melabelkan sesiapa yang tidak sealiran sebagai Wahhabi.

"Dulu soal kafir mengkafir, kini timbul soal sesat pula. Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah memutuskan bahawa Wahhabi itu tidak sesat tetapi fakta ini telah disembunyikan dari orang ramai sehinggalah dibangkitkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim baru-baru ini.

"Orang Islam telah dikelirukan. Apa yang tersiar tentang Wahhabi semalam jelas bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Dr Mashitah," kata Shahidan.Katanya lagi, "Ianya satu tuduhan yang berat apabila saya dan orang-orang Perlis telah dilabel sebagai Wahhabi dan sesat. Saya akan pergi mengadap tuanku Raja Perlis untuk berbincang tentang hal ini."

Tambah Shahidan, beliau juga amat berbesar hati dengan pelawaan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang membenarkan tokoh agama dari Perlis untuk mengadakan ceramah agama pada bila-bila masa dan di mana sahaja di negeri Johor.Shahidan merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Johor semalam di mana peraturan pihak berkuasa agama negeri Johor tidak memerlukan seseorang pendakwah mendapatkan sebarang surat tauliah khas untuk mengadakan ceramah agama tetapi perlu merupakan seorang penceramah agama yang diiktiraf.

Sumber dari Berita.

Friday, October 30, 2009

PAS Sedang Kalut !


PAS tengah kalut... ? kemana-mana pergi boleh jumpa banner yang sebut "kami menyokong kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz". PAS sekarang dalam keadaan paling lemah...

Mungkin Tuan Guru Nik Aziz kini sudah terlalu tua dan maka itu beliau semakin lunak dan lagi mudah pula dipengaruhi. kalau tidak, masakan kerana "orang itu" dia sanggup nak buang anak sendiri ?.

Yang dalam PAS pula kacau...

Kelompok 'ugamawan' selalu fanatik...
kelompok 'profesional' pulak dah tertelan sirap liberalis "orang itu"...
Bukan alang kepalang lagi sayangnya mereka pada "orang itu"...

Apa benar agaknya orang-orang PAS kini dah kemaruk jawatan dan kuasa sampai boleh belakangkan apa saja dasar asas parti.

Atau mungkin Malaysia perlukan parti siasah Islam lain yang ala-ala 'Hizbut Tahrir' mungkin ?.
Yang mana boleh pula dipimpin oleh mantan sahibussamahah itu... ? tanpa perlu kita berharap lagi pada PAS... ?

Wednesday, October 21, 2009

Fenomena yang Seajaib Sejadah Berdiri di Kelantan.


“Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan”.[Al-Baqarah:50]

Fenomena ajaib ini seperti ulang tayang Kejadian luar biasa yang pernah berlaku ketika zaman Nabi Musa sepertimana yang diceritakan di dalam Al-Quran. Peristiwa yang mereka gelar “Moses Miracle” ini berlaku dua kali setahun bilamana air laut surut, dan ketika itulah terbentang satu alur membentuk daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau Jindo dan Modo di Korea Selatan. Kejadian ini hanya berlaku selama beberapa jam.



Related Posts with Thumbnails