Allah S.W.A berfirman didalam ayat 185 Surah Al-Baqarah ;
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
Dari ayat ini Allah S.W.A memerintahkan kita agar membesarkan Allah pada malam Eidul Fitr dan meraikan kemenang dalam perjuangan sepanjang Ramadhan dengan penuh rasa syukur.
Kerana itulah kita sangat diseru agar perbanyakkan takbir, tasbih dan tahmid pada malam Eidul Fitr. Sepertimana hadith Baginda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abi Umamah daripada Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Eidulfitr dan Eiduladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Malam itu adalah merupakan titiktolak kepada sebuah kemuncak perjuangan kita selama sebulan didalam Ramadhan. Ramadhan yang banyak memberikan semangat kepada kita untuk berjuang bagi memperbetul segala kelemahan diri, membaiki hati serta keluar memasuki bulan Syawal dengan semangat dan nekad yang baru agar kita kembali kepada Allah, kembali kepada fitrah kita sebagai hambanya.
Maka dengan itu marilah kita raikan Syawal dengan riang serta syukur dan bukannya dengan sedih dan tangis.
Ummul Mukminin ‘Aishah r.anha meriwayatkan ;

“Bahawa pada hari Eidul Fitr atau Eidul Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Didalam sebuah hadith yang lain, diriwayatkan oleh Ummu Atiyyah r.anha sebagaimana berkata ;
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari Eidul Fitr dan Eidul Adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari).
Saidina Ali juga ada pendapatnya mengenai hari raya. Apabila beliau membahas tentang hari Eidul Fitr dan Eidul Adha ini beliau berkata ;“Hari raya adalah hari dimana engkau tidak berbuat dosa didalamnya“
Betapa indah dan dalamnya pengertian yang diberikan oleh Saidina Ali ini. Maka dari pengertian singkat ini, jelas bahawa hari raya bukanlah hari kita hanya sekadar bersuka ria, bukan sekadar bergaya dengan pakaian cantik dan baru, bukan pula hari raya itu hanya sekadar hari dimana kita merai dan mengembirakan sanak saudara juga saling bersilaturrahim antara sesama kita, dan bukan juga hanya hari dimana kita rakus dengan segala hidangan yang terhidang di meja. Juga hari raya itu bukanlah hari dimana kita melayan hati kita dengan kesedihan dan lenangan air mata.
Sebaliknya hari raya yang sejati itu adalah hari bahagia, hari kita mendapat kurnia, hari istimewa dimana kita melakukan sesuatu yang berharga. Hari raya adalah hari dimana kita membahagiakan semua, hari raya adalah hari tanpa dosa, hari dimana Allah memandang kita dengan pandangan cinta, dan hari dimana Rasulullah S.A.W menadahkan tangan baginda seraya mendoakan kita ummatnya agar dimasukkan kedalam kelompok kumpulan bersama Baginda Rasulullah S.A.W.
Mari kita raikan hari raya kita kali ini dengan bijaksana dan penuh syukur. Salam Syawal. Selamat hari raya eidul fitr. Maaf Zahir dan batin.

0 comments:
Post a Comment