Friday, November 25, 2011

AUKU Kini Termansuh...

Ramai juga yang menyambut baik dengan plan transformasi gula-gula kerajaan mengenai pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.Walaubagaimanapun dalam masa sama ianya disambut sederhana oleh kebanyakan persatuan mahasiswa dan pelajar yang menyedari pindaaan itu hakikatnya tidak merubah apa-apa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.

Perdana menteri berkata, “Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan para mahasiswa. Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik.”

Beliau bagaimanapun menegaskan pelajar universiti ditegah sama sekali daripada membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Najib juga menambah bahawa kerajaan akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia kerana katanya keputusan tersebut mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang negara.

Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 15 akta tersebut yang melarang pelajar universiti berpolitik adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sedapnya kebelakangan ni kita banyak di sumbat dengan gula-gula... manisnyaaaaaaa

2 comments:

  1. arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

    ReplyDelete
  2. hahaha, nak pilihanraya, biasalah!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails