Monday, November 21, 2011

ISA Hidup Lagi... Hantu Betullah...

Di Malaysia memang ada banyak hantu. Ada macam-macam jenis hantu. Namun hantu jenis ini adalah yang paling ngeri dan menakutkan.Dikisahkan di Tawau, Sabah tempoh hari ada hantu yang mengamuk. Ada hantu yang dah menangkap dan memenjarakan 13 orang di situ.

Ada 13 orang semuanya. Penangkapan 13 individu yang rata-rata mereka adalah guru agama yang dikaitkan dengan kegiatan militan itu memang mengejutkan.

Lebih menakutkan dan menambah kemisteriannya lagi adalah kerana ada menteri yang kata terdapatnya bukti ancaman dari kumpulan 13 orang tersebut. Apa ancamannya tidak pula didedahkan.

Lebih menakutkan lagi ialah hantu ISA yang menangkap kumpulan 13 individu ini telahpun di isytihar mati oleh Perdana Menteri dulu. Walaubagaimanapun rupa-rupanya hantu ISA ini masih hidup dan masih boleh pula menangkap dan memenjarakan orang.

13 individu yang ditangkap bawah ISA itu disifatkan sebagai kumpulan yang sangat merbahaya kerana mereka yang ditangkap itu tidak takut mati dan mahu mati dalam jihad.

Penahanan 13 individu itu juga dilaporkan melibatkan penemuan sejumlah senjata api dan bahan letupan berbahaya juga terdiri daripada beberapa individu warga asing.

ISA ini memang menakutkan. Lebih baik kena tangkap dengan hantu kopek atau hantu tetek daripada ditangkap oleh hantu ISA.

Buat setakat ini hantu yang telah disahkan betul-betul mati hanyalah hantu susu. Hantu ISA ini bagaimanapun hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu riwayatnya…

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails